Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer - Ttt) Advokasi Bersama Penolong Pengurus Pusat Internet Kluster Tanjung Manis, Matu Dan Daro
28 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2019, telah diadakan Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer - TTT) Advokasi bersama Semua Penolong Pengurus Pusat Internet dibawah Kluster Tanjung Manis, Matu dan Daro. TTT ini disampaikan oleh Ketua dan Penolong ketua kluster yang telah menghadiri Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer - Ttt) Advokasi di Miri yang lepas. Antara agenda utama yang disampaikan adalah mengenai Modul Klik dan Bijak serta Advokasi. Objektif utama adalah untuk melatih staf PI untuk lebih faham dan memudahkan cara penyampaian kepada komuniti kelak selari dengan sasaran MCMC untuk mewujudkan pengguna internet yang berdisplin dan berkhemah.
Sehubungan itu, dengan kesempatan ini juga, Kluster Tanjung Manis, Matu dan Daro juga turut mengadakan Mesyuarat pertama sempena tahun baru 2019. Mesyuarat ini memberi penekanan kepada ahli Kluster cara untuk mengendalikan kumpulan dan mengemaskini serta memaklumkan status dan aktiviti PI Kluster Sarawak bagi sepanjang tahun 2019 kelak. Pelan perancangan untuk 2019 juga turut diutarakan terutamanya cadangan tempat menarik dan agihan tugas penghasilan video setiap bulan. Program tersebut telah berlangsung seperti yang dirancang dengan harapan objektif utama akan tercapai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: